Persatuan Alumni Maahad Syamsul Maarif

Selamat Datang ke Laman Web Persatuan Alumni Maahad Syamsul Maarif  ( PASM )

Play Video

Penubuhan Persatuan Alumni Maahad Syamsul Maarif

Persatuan Alumni Maahad Syamsul Maarif (PASM) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 2015 dan berdaftar secara rasmi pada 20 Disember 2022 bertujuan untuk menyatukan alumni-alumni di bawah satu persatuan induk. Berkat kerjasama dan kesatuan di kalangan alumni-alumni diyakini akan menjadikan PASM sebagai satu persatuan yang mampu berfungsi dengan lebih tersusun untuk membantu sekolah secara berterusan berasaskan motto “Tautkan Ukhwah Kembali Berbakti”.

Selain memberi sumbangan kepada sekolah dalam pelbagai bentuk kemampuan dan kebolehan, PASM juga tidak melupakan kebajikan alumni antaranya menghulurkan sumbangan kepada alumni yang kurang bernasib, menjalankan aktiviti ziarah menziarahi dan mewujudkan takaful berkolompok sebagai satu konsep tolong menolong sesama alumni yang ditimpa musibah seperti kematian.

Penglibatan Alumni Bersama PASM
0 +
Ahli Seumur Hidup
0 +
Ahli Tahunan
0 +
Ahli Tak Aktif
0 +
Pencarum Bakti Alumni

Kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada alumni untuk bercita-cita tinggi, lebih banyak menyumbang, lebih banyak bertindak dan menjalani kehidupan yang cemerlang.

PROGRAM PASM

PASM telah merangka beberapa program berskala besar mahupun kecil bagi membina hubungan yang lebih erat dan mengukuhkan silatulrahim antara alumni. Lantas membina komuniti yang padu dan memberi faedah kepada semua ahli serta institusi. Lajnah tertentu telah diwujudkan bagi mempastikan ianya berjalan dengan lancar dan lebih tersusun.

Produk

Produk pertama yang PASM keluarkan adalah t-Shirt exclusive bagi mempromosikan persatuan dan sekolah. Bagi menjadikan PASM lebih produktif, alumni merancang untuk menambah beberapa produk lain seperti seni kreatif, kegiatan amal, acara khas, koleksi dan banyak lagi.

Program Motivasi

Perjalanan pendidikan adalah sebuah kisah yang penuh dengan cabaran dan pencapaian. Sebagai alumni, PASM ingin menyeru malah membantu semua pelajar supaya gigih berusaha dan terus melakar mencapai kecemerlangan. Ingatlah, setiap langkah kita yang kecil, ianya akan membawa lebih dekat kepada impian dan cita-cita. Teruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik.

ANTARA AKTIVITI PASM

PASM BAGI SUMBANGAN LAPTOP
Berita Lanjut
SUMBANGAN AHLI KUARANTIN
Berita Lanjut
BANTUAN MANGSA BANJIR KG. KUBANG SAWA
Berita Lanjut
Previous slide
Next slide

ANTARA AKTIVITI PASM

Sumbangan Laptop

Dengan adanya dana dalam persatuan, kita dapat manfaatkan untuk kebajikan alumni sendiri, sekolah dan anak-anak di syamsul maarif. Alhamdulillah..

Sumbangan Kepada Ahli Yang Kuarantin C19

Dalam waktu kuarantin, PASM berusaha memberi sumbangan kepada alumni yang sedang menghadapi cabaran. Kami bersatu demi memberikan sokongan moral dan bantuan kepada setiap ahli yang terkesan.

Bantuan Banjir Kg. Kubang Sawa

PASM turut serta memberikan bantuan kepada penduduk setempat yang terkena musibah banjir. Bersama-sama, kita berdiri teguh untuk membantu mereka yang memerlukan. Semangat gotong-royong!

Memberi kerjasama dan menolong PASM sebenarnya kita juga telah mengambil bahagian untuk membantu sekolah samada Maahad Syamsul Maarif Lelaki mahupun Maahad Syamsul Maarif Perempuan. Bahkan lebih daripada itu dengan menolong saudara sesama kita hakikatnya kita telah mengharapkan satu pertolongan dari Yang Maha Berkuasa untuk membantu kita memudahkan urusan kita di akhirat sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ (رواه مسلم)
Maksudnya:
“Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Kami Sangat Gembira Bila Rakan-Rakan Alumni Turut Sama Menyertai PASM.

PERSATUAN ALUMNI MAAHAD SYAMSUL MAARIF ( PASM )
PPM-031-03-20122022

Sila Ikuti Media Sosial Kami